| DIARIES | ABOUT ME | MY ART WORK |

Wednesday, 16 May 2012

perbezaan antara CINTA dan sayang

cinta

cinta itu indah. cinta itu seronok. cinta tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata. tetapi apa perbezaan antara cinta dan juga kasih sayang? adakah maknanya berbeza ini?

dulu aku faham bahawa adanya cinta mesti adanya sayang. adanya sayang semestinya ada cinta. tapi bila usia meningkat, baru kita sedar. tak semestinya ada rasa sayang mesti ada rasa cinta. cita dan sayang ada benda yang berbeza bagi aku. 

cinta datang dan cinta pergi. rasa cinta hanyalah mainan semata-mata. sebab itulah, orang tua-tua dulu pernah berkata "cinta pandang pertama".benarkan cinta itu datang dengan begitu cepat?.tah la, bagi aku perkataan "aku cinta pada kau" ataupun CINTA dah menjadi kebiasaan bagi segelintir manusia. cinta boleh dilafazkan dengan mulut. bagai mana nak luahkan rasa cinta itu? sebab itu lah aku meletakkan cinta itu sebagai perasaan sahaja. tidak dapat diluahkan dengan perbuatan fizikal. hanya dapat diluahkan dalam bahasa ataupun penulisan sahaja

perasaan? ego, baran, rindu, marah, sayang, CINTA, benci, dan lain-lain. kenapa kita perlu melayan setiap perasaan kita sedangkan kita diberi akal yang sangat bernilai. kadang-kala, memanglah seronok untuk melayan perasaan kita. sebab perasaan adalah satu kurnia dari tuhan kepada kita. tetapi kenapa kita perlu terikut-ikut perasaan kita. ape yang kita buat dan apa keputusan kita mesti kita mengikut perasaan masa itu. bagus kah kita ikut perasaan? kalau perasaan itu ke arah positif, bagi saye bagus lah kita ikut. mungkin ada baiknya. tetapi dalam keadaan kita marah, bad mood, perlukan kita mengikut perasaan itu. tindakan macam inilah selalunya akan membinasakan diri kita dan orang sekeliling kita. 

sayang. perasaan yang sangat indah. lebih indah dari CINTA. perasaan sayang ini datang secara pelahan-lahan. tapa kita sedari dia datang dalam hidup kita. pernah orang tua-tua berkata "kita menyedari yang kita sayangkan seseorang atau pun sesuatu itu selapas kita kehilangannya". sebelum kita kehilangannya, kita selalu rasa selesa, bahagia dan senang untuk meluahkan perasaan. tak kira lah perasaan rindu cinta marah mahupun yang lain. tetapi apabila ia hilang. kita rasa ada kekosongan didalam hati kita. buat keja pun tak betul. tiada tempat untuk kita bergantung dan menaruhkan harapan. tapi kenapa kita susah sangat nak perasan perasaan itu? alangkan bagus kalau kita mampu mengetahui yang perasaan itu ada dalam kita dan kita mampu menjaga perasaan itu dengan penuh kasih sayang. jangan lah biarkan perasaan ini mati.


No comments:

Post a Comment