| DIARIES | ABOUT ME | MY ART WORK |

Wednesday, 2 May 2012

IDOLAKU


Tun Dr Mahathir


Dia ialah seorang tokoh yang terulung di malaysia. Dia diibaratkan sebagai seekor singa yang gagah dan dia adalah Salah seorang yang susah nak dicari ganti. 

Dia adalah seorang pemimpin yang sangat kuat akan pendiriannya. Dia mampu bercakap sama tinggi dan sama rendah dengan kuasa barat yang kononnya digeruni oleh dunia. Tetapi dia mampu mengubah persepsi tersebut dengan menyuarakan pendiriannya di dalam rancangan yang dikendalikan oleh negara barat itu sendiri. Dialah singa malaysia yang patut digeruni oleh kuasa2 luar.

Sepanjang saya hidup di tanah air saya ( malaysia ), saya masih belum jumpa sesiapa yang boleh melakukan seperti mana tun Dr Mahathir lakukan kepada negara. Segelintir mengatakan dia jahat, makan duid rakyat dan sebagainya. namun mereka tidak lihat kebaikan yang telah dia lakukan. Andai kata betul sekalipun ape yang diperkatakan mereka terhadap tun dr Mahathir, mereka patut besyukur kerana dia telah memajukan negara yang diduduki mereka dan menjaga maruah negara ini.

Tun Dr Mahathir adalah seorang yang sangan bijak dalam perancangan memajukan Malaysia.  segelintir masyarakat memberi nama bapa permodenan. Dulu, tiada siapa tahu wujudnya malaysia sehingga kini satu dunia melihat malaysia. dari ekonomi meleset sehinga kukuh dan mampu berdaya saing. semua ini adalah kerana kebijaksanaan Tun Dr mahathir dan pemimpin2 yang lain. Ape yang saye tahu, dari kempen inflasi sifar itulah mulanya tapak bagi malaysia mengukuhkan ekonomi sendiri. jadi, memang patutlah dia diberi nama Bapa Ekonomi.

Bagi sesiapa yang terlalu benci akan Tun dr Mahathir, fikirkanlah sejenak, tiada manusia yang sempurna. Andai kata dia ada buat salah pada kita atau negara. maafkan lah. bagi saya, sudah cukuplah dia berbakti pada negara. dan andai betul apa yang dikatakan segelintir anti Mahathir itu betul maka halalkan lah. kerana bukan senang untuk jadi pemimpin. Kita cuma mampu bercakap tetapi jika kita duduk di tempat Tun Dr Mahathir pada waktu itu mungkin kita tidak mampu membuat apa yang dilakukan olehnya untuk membangkitkan negara yang tercinta kita.

No comments:

Post a Comment