| DIARIES | ABOUT ME | MY ART WORK |

Thursday, 12 November 2015

MAMA MASUK OPERATION


3 November 2015. Pada tarikh ini lah mama dimasukkan ke wad sakit puan di Hospital Selayang. Mama masuk Hospital Selayang disebabkan mama kene lalui satu pembedahan "Major Operation". 

Mama mempunyai satu penyakit  "cyst" dan "Fibroids". Oleh itu, mama dimasukkan ke dalam wad awal 2 hari untuk persiapan pembedahan. 

Dalam waktu penahanan "Warded", tiba-tiba boleh lak doktor yang sepatutnya yang memnuat pembedahan tu fly pegi luar negara dan digantikan dengan seorang lagi doktor pakar wanita. Nama doktor tu aku tak ingat. So, mama pun ok je. 

Pada hari yang sama juga, Nenek "Mak Tok" aku dan Maksu aku dari penang datang. Kebetulan maksu aku ada klas kat USIM. So, lepas saja aku hantar mama aku masuk hospital terus pegi ambil mak tok aku kat Tanjung Malim. Maksu aku habis saja klas dia kat sana, dia terus ke hotel yang dah ditempah berhampiran dengan Hospital Selayang. Hotel tu nama dia Hotel Smile. 

Pada 5 November 2015, lebihkurang jam 9 pagi mama dibawa masuk kedalam bilik pembedahan. Pada mulanya, pembedahan akan dilakukan pada jam 11 pagi. macam mana tah diorang boleh awalkan waktu pembedahan tu. Masatu pulak, aku tengah tunggu maksu aku kat hotel. Maksu aku tido rumah kawan dia. Ikutkan hati aku, nak je aku bawa mak tok aku g hospital, tinggalkan maksu aku tu. Time aku ngan mak tok aku nak gerak ja, maksu aku samai. dia makan jap pastu baru gerak g hospital. Pada masa tu aku tak sempat nak teman mama masuk bilik pembedahan. Aku mula rasa serba salah dan rasa kesal. Kalau jadi apa-apa pada mak aku masa tu, tak sempat aku nak mintak maaf kat mama.

Masa yang diambil untuk pembedahan ini adalah hampir 10 jam. Aku tunggu ja mama kat ruang menunggu. Dalam pukul 12 tengah hari aku balik rumah kejap, bagi makan kat kucing-kucing aku A.K.A "nangoi-nangoi". Lepas tu aku gerak balik ke hospital. Dalam pulul 5.30 petang macam tu, aku check ngan jururawat, mama dah habis operation. Tapi mama kene tahan dulu untuk pemerhatian dan menghilangkan bius yang dikenakan semasa pembedahan. Lebih kurang dalam kul 7 malam gak la baru mama dimasuk semula ke wad dan katil mama. Aku masa tu rasa lega dan terus talipon mak tok kata yang mama dah pun selamat.

Masa mama dah sedar sikit dan boleh cakap, mama ada kata time operation tu ada complication. Nasib baik ada lagi 2 pakar bedah stand by masa tu. Nasib baik gak la. Tapi pagi tu Mak tok terpaksa balik penang. so, tinggal aku ngan mama ja

Aku tengok mama kalau sakit mesti akan menekan satu button. Rupa-rupanya sejenis ubat tahan sakit "morphine". Aku tanya mama, "Macam mana ma? Ada rasa fly tak?". Mama jawab "Ada". Kemudian aku kata pada mama "Mama telah menjadi pengguna dadah yang takkan ditangkap polis". Mama gelak je.

Problem aku masa menjaga mama kat hospital adalah mama masuk wad sakit puan. So aku tak leh jaga mama sebab aku lelaki. Nasib baik ada seorang security yang berketurunan india menawarkan khidmat menjaga mama. Aku bayar makci tu RM 30 untuk 1 hari. Dia jaga mak aku baik skali. 




Tuesday, 11 August 2015

sebahagian hidup yg hilang


Anis Suhana
Anis Suhana adalah cinta pertama aku. Perwatakan yang manja, Lemah lembut dan comel. Kisah bermula ketika aku di bangku skolah lagi. Tapi kisah tu terhenti buat sementara waktu yg panjang. Disambung kisah cinta tu bila aku masuk unisel. Macam mana boleh terjumpa dan masa tu mula lah kisah cinta yg kedua dalah hidup aku.. Tapi skali lagi kisah tu terhenti dan akhirnya dia sudahpun kawin.

Siti Fatimah
Kisah cinta aku dengan Siti Fatimah juga bermula di bangku sekolah. Selepas aku putus dengan Anis Suhana. Aku berkenalan dengan Siti. Pekenalan ini bermula di pusat tuition berhampiran dengan rumah makcik aku. Cerita kami berakhir bila siti mula belajar di UITM Perlis. Dia mula mengenali seseorang dah aku putuska kata putus semasa dia datang d kuala lumpur.

Norfarah 
Farah pula aku kenal semasa aku belajar d Unisel Batang Berjuntai. Dia adalah salah sorang kawan kepada adik tiriku. Agak lama ku dengan dia. Farah adalah seorg yg kasar dan boleh dikatakam extreme. Aku cuba melembutkan dia. Terlalu banya memori aku dengan dia. Namun, dia sudahpun dirampas org. Masa tu aku belajar d KPTM Ipoh. Disebabkan perkara lah ini aku pegang pada satu prinsip iaitu dont trust long distance relationship.

Khairulnisa
perkenalan aku ngan Nisa bermula di chatroom. Take sangaka Dari chat room boleh lake tarik sampai dunia nyata. Pads awal aku cuma berkawa ja. Tapi lama kelamaan hati Dan perasaan ITU timbul. Aku mula sayangkan dia atas sebab layanannya keatas aku. Aku take pandang pada fizikalnya. Aku tidak ingat atas sebab ape kami putus. Namun aku nak kau tahu yg aku sayangkan kau seikhlas hati aku. Kau mengajar aku erti menyayangi seseorng bukan Dari keadaan fizikal.


"Akan diceritakan nanti"
Faarzanah
"Akan diceritakan nanti"

NorFarhanah
"Akan diceritakan nanti"
Nurul hasyimah
Kisah Nurul pula bermula semasa aku belajar di KPTM Ipoh. Seorg yang manja, penyabar namun ada barannya, pandai buat kerja rumah dan yang penting mak aku paling sayang. Satu2nya kekasih yg setia dengan aku namun aku tak mampu menahan baran yang dia ada. Dengan dia lah aku belajar sesuatu iaitu bertahanlah dengan karenah orang yang kita sayang kerana tiada orang yang sempurna do dunia INI.

Eizla
"Akan diceritakan nanti"

Syahinaz
"Akan diceritakan nanti"


Thursday, 19 March 2015

1/03/2015-- terjuallah sebuah aset dan kenangan

1/2/215 - Dengan terjualnya rumah mama, dengan sekali gus tertanamlah sebuah cerita dan satu2nya aset yang mempunyai nilai sitimental bersama.

Selepas rumah Arwah Ba (grandfather) n Mak ( grandmother ) yang terletak di Kampung Teluk, Sg Dua, Butterworth diambil oleh Perda. Rumah yang terletak di Kampung Aman, berhampiran dengan Simpang 4, Prmatang Buloh, Butterworth, Pulau Pinang itulah menjadi rumah keduaku. Runah ini milik ibuku ( Mama ) yang dihadiahkan kepada Mak dan Arwah Ba yang tersayang.

Rumah ini juga dibina oleh Ayah Kandungku sendiri dan segala kos ditanggung oleh Mama.

Keluasan rumah Mama boleh dikata sebesar 2 padang futsal. Besar gak lah... Kalau bab raya, tak lah begaduh sangan pasal ruang tuk keluarga mak cik2 aku datang. Tapi kalau nak support semua memang tak la kan... Jumlah ahli keluarga mama aku boleh la dikatakan besar. 7 beradik kesemuanya. So setengah akan duduk kat rumah Shu n Pok Su. Nak ikutkan sebetul-betulnya tanah ni besar lagi. Tapi time tu gawat so Mama ambil keputusan tuk jual separuh dari tanah ni kat org lain. Tapi takpe, sebab bagi aku still besar kot. 2 padang futsal tu.

Rumah ni mempunyai 3 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur dan 2 tandas. Satu kat dalam rumah, satu lagi kat luar rumah... Rear kot bilik air kat luar rumah. Tapi kami jarang sangat lah mandi kat luar tu. Yg kat dalam lak, tempat mandi dan jambat diasingkan. Kalau bab dapur lak, dapur dia kecik la juga tapi ok la dari takde dan rendah sedikit.

Dibahagian depan lak A.K.A tempat letak kete. Keluasan tempat tu boleh letak 2 biji wira n 1 kancil. Pastu Arwah Ba lak siap leh tanam pokok rambutan n pokok durian. Tapi sayang, Mama bagi org uruskan sewa rumah tu n diberi kat org yg tak beberapa pandai menilai. Dia boleh tebang pokok durian Arwah Ba aku tanam. Kalau dia tak tebang pokok tu, silap2 setiap musim durian dapat makan durian.

Suasana kawasan rumah Mama aku ni jenis suasana kampung melayu. Kawasan rumah Mama aku ni penuh ngan hutan kelapa sawit. Tapi jiran kampung kami pulak bendang ( sawah padi ). Tak sama ngan kampung aku dulu tu yg dekat Sungai Dua tu. Sungai Dua lak hutan. Pastu dekat ngan sungai. Tapi sungai tu tak leh mandi. Kang tak pasal-pasal baham dek buaya. Nama kampung lama aku dulu kampung teluk. Situ la bermulanya fasa pertama persekolahan aku. Baikbskolah rendah n menengah.

Sebut pasal Arwah Ba, buat aku ingat betapa rajinnya dia. Pagi2 lagi kerjanya pegi azankan masjid. Sambil tu Arwah Ba hantar aku g skolah naik kete kancil plat PAF 57. Lepas ja Arwah Ba azan n tunaikan solat subuh kat masjid. Arwah Ba siap leh kene kopi ngan kawan2 pulak tu. Then, bila dah sampai rumah pulak, Arwah Ba akan terus sapu sampah, kemas rumah, bersihkan halaman depan, siram pokok, paling best siap boleh baring sambil pakai kain plekat pastu baca Utusan Malaysia dekat ruang tamu. Tapi tu lepas Arwah Ba aku siap semua kerja. Mak lah kemas dapur, masak n tolong arwah Ba buat keje. Bagi aku, Arwah Ba ni seorang yg kuat pegangan agama walaupun Arwah Ba tak bergelar ustaz or iman. Tapi title Bilal Masjid Sg Dua tetap Arwah Ba pegang. Bukan tu je, bab orang menanggal... Perg... Dari mandikan mayat, sembahyang mayat dan sampailah bacaan tal kin pun Arwah Ba buat. Arwah Ba yang akan uruskan semuatu. Aku lak jadi bodyguard Arwah Ba ja masa tu. Dulu Arwah Ba ni polis hutan, pastu Ba dapat naik pangkat n naik pangkat. Last2 jadi ketua balai polis daerah or kawasan mana aku tak ingat. Pastu Arwah Ba pencen dari polis, baru lah Arwah Ba jadi bilal. So Arwah Ba ni... Bukan nak cakap gebang la, Sapa tak kenai Pak Omar Mata2 or Pak Omar Bilal Masjid Sg Dua. Dari kedah sampai perak, ada ja org yang akan tegur Arwah Ba. Kadang2 aku rasa macam Arwah Ba ni artis kot.Dan yang paling aku pasti is Arwah Ba ni memang one in a million lah. Arwah Ba memang seorang Tok Wan superb bin terbaik yang aku dapat.

Aku dibesarkan oleh Mak n Arwah Ba. Dari aku baru belajar merangkak lagi aku dijaga mereka. Mama masatu keje kat kl. Sama ngan Anding, sepupu aku. Dia dah macam abg aku dah la. Disebabkan aku dengan Anding besar ngan Mak n Arwah Ba dari kecil lagi. So kami panggil Nenek kami Mak n Tok Wan lak Ba. Cucu yg lain lak sesetengah panggil Mak, Mak Tok n Ba still panggil Ba.

Aku start duduk kat rumah ni time aku tingkatan 1 sampai aku habis skolah. tak silap aku. Lepastu aku start dok kl sebab aku belajar kat sana. Mama masatu memang dah dok kat kl dah. Mak n Arwah Ba still duduk kat umah tu lagi. Tapi lepastu Mak n Arwah Ba pindah duk kat rumah Shu kat Teluk Air Tawar. masa tu Shu n Pok Su jaga Mak n Arwah Ba.  Than, Mak n Arwah Ba pindah duduk rumah Tam pulak kat Sungai Dua. Itulah rumah terakhir Arwah Ba duduk bersama ngan Mak. Lepas tu, Mak pindah duduk ngan Shu n Pok Su balikbtapi kat Bertam.

Selain dari aku, Mak n Arwah Ba. Mama pun  penah duduk aitu juga. Huk a loh. Tuan rumah n empunya tanah kot. Masa tu Mama buat biz kat Bandar Sunway, Seberang Jaya. Biz Mama pada mulanya sangat bagus sampai Mama mampu beli tanak n buat rumah tuk Mak n Arwah Ba. Tapi tak disangka ada gunting dalam lipatan. Ada seorang lelaki berketurunan cina dah game mak aku. Semua duid syarikat dia sudah songlap. Sebab tu lah Mama terpaksa menjualbseparuh tanah Mama.  Selepas kejadian tu mama start buat bi kat kl.

Sejarah cinta aku time skolah  masa aku tinggal kat rumah tu pun ada juga. Bukan tak dak. Rumah ni mengingatkan aku kat bekas kekasih A.K.A aweks aku yg bernama Siti Fatimah. Dia duduk dekat-dekat dengan Teluk Air Tawar. Dia bukannya satu skolah pun ngan aku. Dia cuma satu tuition ngan aku je. Masa tu Arwah Ba n Mak kerap duduk kat Rumah Shu yg kat Teluk Air Tawar tu. So, aku pun tuition dekat situ. Nama pusat tuition is Tuition A1 tak silap aku. Tapi punya lah nakal aku ni la kan, aku hasut Siti suruh ponteng klas gak. Ponteng klas tu satu hal, yang best nya boleh pulak aku ngan dia dating kat kedai makan bawah pusat tuition kitorang. Hahaha. Sengal gak aku ni dulu.

Lepas habis klas malam, aku, Mak n Arwah Ba akan balik ke rumah Mama balik. Aku ngat lagi 1st awek yg datang beraya rumah aku is Siti dan dia gak la awek yg 1st keluarga aku tahu status aku ngan dia. Dia lek je naik moto mai rumah aku masatu. Moto dia gak lah yang dok bawa aku ngan dia p dating sana sini. Dari segi pandangan aku terhadap Siti, Siti ni org yang aku boleh lah diketogorikan sebagai awek aku yg ranggi la. Gila2 pun ada juga n 1st awek yg bawa aku g karok kot. Karok lak kat komta lak tu. Kumpulan yg dia minat BPR lagu Dari Sinar Mata.Hahahaha. ada satu hari tu, aku boleh lak wat gila. Aku dok kl n dia lak belajar kat UITM perlis. Aku boleh turun perlis, semata2 sebab dia nak balik penang. Selain tu dia ada buat aku terharu bila dia lak turun kl stay kat kl. Tapi tu lah, apakan daya. Aku pindah kl. So bila dah berjauhan ni kompom punyalah break. Dia syak wa sangka kat aku aku pun sama ngan dia. Time dia turun kl tu lah dia terkantoi ngan aku. Leh lak dia layan call laki lain depan aku. Dia game aku depan2. Tapi time tu aku boleh dikatakan tak matang. Sebab dia layan laki lain je aku dah fikir bukan2.

Ok Siti tu cite yg gembira/cerita cinta berlaku kat rumah Mama aku tu. Cite sedih lak aku break up ngan sorang awek nama dia Anis Suhana. Ana ni dia manja orgnya, comel, dan menjadi pujaan la bagi sesetengah laki termasuk aku la kan dalam Sekolah Menengah Sg Dua atau lebih dikenali sebagai SMK Dato Haji Ahmad Said. Dia ni sebenarnya satu klas ngan aku time aku form 4 n 5, klas Iltizam, subjek perakaunan + ad math + perdagangan. Masa 1st day aku ngan Ana, aku duduk kat sg dua. Tapi bukan kampung teluk dan Aku bercinta ngan Ana lak sebelum aku jumpa Siti lagi. Bila tamat ja waktu skolah, time balik skolah la senang kira. Aku akan teman Ana balik naik bus. Hahaha.. Siap berhenti kat tempat dia berhenti n semua tu semata-mata nak teman dia balik jalan kaki je. Teman pun sampai tepi rumah dia. Motif adalah untuk tunjuk yang aku ni romantis n baik lah konon. Pastu tunggu bus balik, pegi ke rumah Shu. Kat skolah lak aku ngorat dia pakai cokolat. Selalu gak la aku beli cokolat letak kat bawah meja dia. Main tulis surat than letak bawah meja. Tapi last2 kantoi gak ngan dia.Hehehe. Tapi malangnya masa aku dok shok bercintan, munkin dia tak tangkap cin ngan aku kot orang kata(OK) tepuk sebelah tangan or aku takde moto yang leh hantar dia balik rumah or jalan2, so dia cari org lain. Aku nak buat cam mana kan. Aku trima jelah yang aku kene game. Tapi, pasal kene game lak tu kan, aku rasa la, mungkin perasaan aku je kot kata dia game aku. Mungkin...

Time break ngan Ana masatu, bintang lah jadi peneman aku waktu malam. Kalau orang nampak aku la masa tu, kompom orang kata aku gila sebab dok cakap ngan bintang. Siap letak nama kot kat salah satu bintang tu. Masa tu posing nak maut je, baring kat bonet depan kete Arwah Ba. Masa tu Ba pakai kete jenama nisan,sedan. So time aku baring kat atas hod depan kete n start la aku punya berangan, layan prasaan n paling teruk la, aku siap bagi nama kat bintang yang selaku aku cakap tu. Masa tu aku bagi nama bitang tu Ashasisusal yang membawa maksud Aziyan,Shah, Siti Suhana n Salina. Gabungan nama Mama aku n all my ex masa tu. Hahaha.. Bapok jiwang...haha..canot go la beb.. Hahaha.



Thursday, 19 February 2015

Don't Be Ashamed, Be Who You Are

Don,t regret what you did because at the end, it makes who you are.

This Chinese New Year make me realised that we are getting older. Not getting younger. Most of my friend n people that very special in my history of life are getting merry. People are changing time to time. But most frequently question that i got is when...

Sometimes people, they don't really care about how other people feel when they ask question. The worst is, they are so judge mental. Although I'm fed up with serious relationship with woman it doesn't mean that i'm gay. I just don't want to get caught in relationship and unnecessary responsibility.

People said to me that i'm coward, chicken n so many things. Is it a sin to be afraid?, to be a coward?. Do they know how it feel to be afraid with serious relationship? What they can say is do that do this, do something that i cant do. Than they said "i can do it so can you". Hello, are you Mohd Ekbal Shah?, do your thumb print is same like me?. I understand that they try to boost up my spirit. But the thing is, im not strong enough. Let me make it clear n simple to understand. Im afraid, phobia to fall in love with woman.

Yes i admit that i'm phobia to fall in love with woman. It doesn't mean that i dont want to get marry. If i find one, my soul mate. A girl that will always be at behind me, will will marry her. But for the time been, i dont want to think about it...i just want to enjoy my single life and heal all the pain that I've been through.

In the same time, i'm thank to all my ex girlfriend for showing me the meaning of relationship. Now i realise one thing in life, girlfriend wont guaranty you that they will be at the back Of you to pull you up and push you a front when you fall down but good friends, best friend will. Never turn your back to this type of friends because the will never turn their back on you.

 And I'm very thankful to Allah to have this type of friend around me. But there's someone else that for sure, will never ever leave you hanging by your self is family especially your mother. How bad you are, how duds you are. Your mother will accept you n always give advice you base on her experience with love and care. Treat her nice, love her more then anyone else while she still alive.




Thursday, 11 December 2014

Sos Karamel...Resepi Ibunda Ku yg Tersayang


My own product....




Penghabisan Kisah Farhanah


Akhirnya. Penghabisan cerita untuk farhanah sampai disini saja....

Dia dah pun nak bertunang. Aku tetap macam ni. Kene teruskan kehidupan. Mungkin ini takdir aku atau dugaan untuk mencapai dan menerima seseorang yg lebih baik.

Semamangnya hati kecewa, namun seperti yg dikatakan oleh org. "Jodoh ditangan tuhan" dan "Patah tumbuh hilang berganti". Jadi aku akan tunggu sahaja masanya.

Ape2pun aku mengucapkan tahniah dah semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Aku yakin bahawa dia mampu memenuhi apa sahaja kemahuan dan keinginan kau. Dan aku yakin dia mampu menjaga dan membahagiakan kau.





Tuesday, 25 February 2014

NOR FARHANAH BINTI MAZLAN

Namanya ialah Nor Farhanah bt Mazlan , seorang gadis kacukan, tinggi orangnya. Dia sorang yang rajin mencari duid, baik hati, selalu menolong kawan dia bila kawan-kawannya dalam kesusahan. Dia susah nak merungut tentang apa yang dia buat untuk kawan-kawannya. itulah Nor Farhanah yang aku kenal.

Permulaan aku mengenalinya adalah sewaktu aku bekerja di 7E berhampiran dengan rumahnya di selayang Selangor. punca aku bekerja di 7E tu adalah kerana aku terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan aku perlukan duid. masa itu aku tiada kerja Jadi aku pun mula bekerja di 7E tersebut.

Semasa aku bekerja di 7E tu, aku mula mengenali seorang pekerja di situ, namanya roney. Seorang lelaki berasal dari Sabah. dia ni gila-gila juga orangnya. dekat sebulan aku bekerja di 7E ini. disinilah mulanya aku melihat seorang gadis yang berambut pendek, berbaju V-neck dan berseluar jeans. aku mula tertarik dengan perangai yang selamber dan tidak mempedulikan orang lain.

Aku mencari siapakah gadis itu. aku mula bertanya kepada robey. Rupa-rupanya dia adalah kawan kepada bekas awek roney. Jadi aku menggunakan kesempatan ini untuk mengenali lebih dekat siapakah gadis itu.

pertemuan pertama aku dengan gadis itu adalah didalam 7E tersebut. Akan tetapi, pertemuan aku yang betul2 buat aku tertarik adalah di belakang kedai makan. tempat tu agak tak best la sebab view dia dekat dengan longkang, belakang restaurant mamak, waktu tu aku berpakaian hitam. suasana pada malam itu sangatlah dingin seperti membuka ruang untuk aku melepaskan isi hati aku padanya. namun aku masih lagi menyimpan perasaan itu. walaupun tempatnya sebegitu ruma namun aku harus menerima hakikat bahawa disitulah tempat aku mula minat minah bernama Nor Farhanah bt Mazlan.




bersambung....................