3 November 2015. Pada tarikh ini lah mama dimasukkan ke wad sakit puan di Hospital Selayang. Mama masuk Hospital Selayang disebabkan mama kene lalui satu pembedahan "Major Operation".
Mama mempunyai satu penyakit "cyst" dan "Fibroids". Oleh itu, mama dimasukkan ke dalam wad awal 2 hari untuk persiapan pembedahan.
Dalam waktu penahanan "Warded", tiba-tiba boleh lak doktor yang sepatutnya yang memnuat pembedahan tu fly pegi luar negara dan digantikan dengan seorang lagi doktor pakar wanita. Nama doktor tu aku tak ingat. So, mama pun ok je.
Pada hari yang sama juga, Nenek "Mak Tok" aku dan Maksu aku dari penang datang. Kebetulan maksu aku ada klas kat USIM. So, lepas saja aku hantar mama aku masuk hospital terus pegi ambil mak tok aku kat Tanjung Malim. Maksu aku habis saja klas dia kat sana, dia terus ke hotel yang dah ditempah berhampiran dengan Hospital Selayang. Hotel tu nama dia Hotel Smile.
Pada 5 November 2015, lebihkurang jam 9 pagi mama dibawa masuk kedalam bilik pembedahan. Pada mulanya, pembedahan akan dilakukan pada jam 11 pagi. macam mana tah diorang boleh awalkan waktu pembedahan tu. Masatu pulak, aku tengah tunggu maksu aku kat hotel. Maksu aku tido rumah kawan dia. Ikutkan hati aku, nak je aku bawa mak tok aku g hospital, tinggalkan maksu aku tu. Time aku ngan mak tok aku nak gerak ja, maksu aku samai. dia makan jap pastu baru gerak g hospital. Pada masa tu aku tak sempat nak teman mama masuk bilik pembedahan. Aku mula rasa serba salah dan rasa kesal. Kalau jadi apa-apa pada mak aku masa tu, tak sempat aku nak mintak maaf kat mama.
Masa yang diambil untuk pembedahan ini adalah hampir 10 jam. Aku tunggu ja mama kat ruang menunggu. Dalam pukul 12 tengah hari aku balik rumah kejap, bagi makan kat kucing-kucing aku A.K.A "nangoi-nangoi". Lepas tu aku gerak balik ke hospital. Dalam pulul 5.30 petang macam tu, aku check ngan jururawat, mama dah habis operation. Tapi mama kene tahan dulu untuk pemerhatian dan menghilangkan bius yang dikenakan semasa pembedahan. Lebih kurang dalam kul 7 malam gak la baru mama dimasuk semula ke wad dan katil mama. Aku masa tu rasa lega dan terus talipon mak tok kata yang mama dah pun selamat.
Masa mama dah sedar sikit dan boleh cakap, mama ada kata time operation tu ada complication. Nasib baik ada lagi 2 pakar bedah stand by masa tu. Nasib baik gak la. Tapi pagi tu Mak tok terpaksa balik penang. so, tinggal aku ngan mama ja
Aku tengok mama kalau sakit mesti akan menekan satu button. Rupa-rupanya sejenis ubat tahan sakit "morphine". Aku tanya mama, "Macam mana ma? Ada rasa fly tak?". Mama jawab "Ada". Kemudian aku kata pada mama "Mama telah menjadi pengguna dadah yang takkan ditangkap polis". Mama gelak je.
Problem aku masa menjaga mama kat hospital adalah mama masuk wad sakit puan. So aku tak leh jaga mama sebab aku lelaki. Nasib baik ada seorang security yang berketurunan india menawarkan khidmat menjaga mama. Aku bayar makci tu RM 30 untuk 1 hari. Dia jaga mak aku baik skali.
No comments:
Post a Comment