| DIARIES | ABOUT ME | MY ART WORK |

Tuesday, 25 February 2014

NOR FARHANAH BINTI MAZLAN

Namanya ialah Nor Farhanah bt Mazlan , seorang gadis kacukan, tinggi orangnya. Dia sorang yang rajin mencari duid, baik hati, selalu menolong kawan dia bila kawan-kawannya dalam kesusahan. Dia susah nak merungut tentang apa yang dia buat untuk kawan-kawannya. itulah Nor Farhanah yang aku kenal.

Permulaan aku mengenalinya adalah sewaktu aku bekerja di 7E berhampiran dengan rumahnya di selayang Selangor. punca aku bekerja di 7E tu adalah kerana aku terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan aku perlukan duid. masa itu aku tiada kerja Jadi aku pun mula bekerja di 7E tersebut.

Semasa aku bekerja di 7E tu, aku mula mengenali seorang pekerja di situ, namanya roney. Seorang lelaki berasal dari Sabah. dia ni gila-gila juga orangnya. dekat sebulan aku bekerja di 7E ini. disinilah mulanya aku melihat seorang gadis yang berambut pendek, berbaju V-neck dan berseluar jeans. aku mula tertarik dengan perangai yang selamber dan tidak mempedulikan orang lain.

Aku mencari siapakah gadis itu. aku mula bertanya kepada robey. Rupa-rupanya dia adalah kawan kepada bekas awek roney. Jadi aku menggunakan kesempatan ini untuk mengenali lebih dekat siapakah gadis itu.

pertemuan pertama aku dengan gadis itu adalah didalam 7E tersebut. Akan tetapi, pertemuan aku yang betul2 buat aku tertarik adalah di belakang kedai makan. tempat tu agak tak best la sebab view dia dekat dengan longkang, belakang restaurant mamak, waktu tu aku berpakaian hitam. suasana pada malam itu sangatlah dingin seperti membuka ruang untuk aku melepaskan isi hati aku padanya. namun aku masih lagi menyimpan perasaan itu. walaupun tempatnya sebegitu ruma namun aku harus menerima hakikat bahawa disitulah tempat aku mula minat minah bernama Nor Farhanah bt Mazlan.




bersambung....................

Saturday, 22 February 2014

terpisah lagi

   hrm....dah dekan beberapa minggu dah aku putus dengan nor farhanah. tapi aku tetap tak dapat lupa dia. kenapa semua yang aku buat, yang aku mahu mesti tak menjadi?

   ana.... kenapa kau buka pintu hati kau kat org lain. aku sedar yang aku ada banyak kelemahan, tapi tak bermakna aku takde perasaan. kenapa kau masih perlukan dia?

   aku tak kisah kalau kau masih berhubung dengan dia tapi kenapa perlu didepan aku dan kenapa perlu kau tipu aku hana? kau sedar ke yang kau dah menyakiti hati dan perasaan aku? sedarkah kau yang aku terlalu sayang kan kau?

   pada mulanya aku memang tak kisah kau berhubing dengan dia. tapi kau terlalu kerap dengan dia sehingga timbul rasa cemburu didalam hati aku.... aku terlalu sayangkan kau hana.....